Penjenamaan TESCO Malaysia Kini Menjadi LOTUS Stores Mulai 15 Februari 2021

Penjenamaan TESCO Kini Menjadi LOTUS Stores  | Ramai yang tidak tahu nama asal TESCO dulu adalah MAKRO yang dipunyai dan kini akan ditukar ke LOTUS Stores mulai 15 Februari 2021. Sebenarnya peralihan tersebut telah berlaku pada Disember 2020, ini bermakna pengambilalihan operasi Tesco Malaysia itu akan merangkumi 8,600 tenaga kerja dan 62 rangkaian di semenanjung Malaysia.

Penjenamaan TESCO Kini Menjadi LOTUS Stores 

Tesco Malaysia baru-baru  (15 Februari 2021) mengumumkan penjenamaan baharu entiti mereka kepada Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd. yang nyata mengejutkan semua pihak terutama pelanggan setia Tesco Malaysia di seluruh negara.

Lotus Malaysia ini adalah sebuah konglomerat multinasional yang meliputi pelbagai industri ekonomi. Ia memulakan penglibatan pada sektor pertanian sehinggalah sektor perkhidmatan. Setakat ini, entiti tersebut memiliki pelaburan pada 21 buah negara dan pasaran ekonomi.

Berdasarkan sasaran, peralihan secara menyeluruh ini akan dapat dilakukan sehingga akhir tahun 2021 ini.  Makluman tersebut telah dikongsikan oleh pihaknya menerusi status Facebook rasmi Tesco Malaysia.


Nota : 

min sekeluarga memang suka makan chicken popcorn keluaran CP ni dan tak tahu CP ni berasal dari nama empunya Lotus dari negara jiran. Memang sedap

Penjenamaan TESCO Kini Menjadi LOTUS Stores 


LONDON: Peruncit yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Tesco PLC bersetuju menjual operasinya di Thailand dan Malaysia pada harga AS$10.6 bilion (RM44.8 bilion), kepada sebuah syarikat pelaburan Thailand.

Susulan penjualan itu, Tesco juga akan memulangkan 5.0 bilion pound (RM21 bilion) kepada pemegang saham menerusi dividen khas.

Beberapa syarikat milik Charoen Pokphand Group (CP Group) akan membeli unit itu untuk nilai perusahaan bersamaan dengan 8.2 bilion pound (RM44.8 bilion).

Tesco pada Disember lalu menyatakan, ia sedang menjalankan kajian semula perniagaannya di Thailand dan Malaysia selepas selepas mendapat minat untuk pengambilalihan.

Penjualan operasi Asia itu akan membolehkan rantaian pasaraya mendapatkan penyerapan tunai untuk meneruskan penyusunan semula perniagaan di UK, yang berdepan dengan kesukaran termasuk pembuangan pekerja.

Tesco mempunyai lebih daripada 2,000 rangkaian pasaraya dan kedai di Thailand di bawah jenama Lotus Tesco.

Rantaian itu diasaskan oleh CP Group pada 1994 dan kemudian diambil alih oleh firma British, menurut laman web syarikatnya.

Sebelum ini, dikatakan Dhanin Chearavanont, pemilik CP Group dan Central Group, syarikat milik keluarga Chirathivat, tersenarai antara syarikat berminat menyertai bidaan operasi perniagaan Asia Tenggara itu yang dijangka mampu mencecah AS$7 bilion (RM29 bilion).

Selain itu, TCC Group, syarikat dimiliki hartawan, Charoen Sirivadhanabhakdi, turut menyatakan minat untuk menyertai bidaan. - Bloomberg

sumber : bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/03/663499/tesco-malaysia-thailand-sudah-dijual-rm448-bilion

Catat Ulasan

0 Ulasan