Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim TV3

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim TV3 | Drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim telah pun bersiaran  di slot Akasia TV3 pada 22 Januari mengisahkan seorang wanita istimewa bernama Rahimah yang dilahirkan dengan Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) iaitu tanpa rahim. 

Drama Rahimah Tanpa Rahim dengan 28 episod di slot Akasia ini adalah arahan Eoon Shuhaini, terbitan Country & Universal Sdn Bhd bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim TV3


Drama : Rahimah Tanpa Rahim | Arahan : Eoon Shuhaini | Penulis Skrip : Puovin & Tommy Loh 


Barisan Pelakon / Watak

Azlee Khairi sebagai Jauhar | Puteri Aishah sebagai Rahimah | Hafidz Roshdi sebagai Adli | Ezzaty Abdullah sebagai Nurul | Liza Abdullah sebagai Mak Ani | Amelina sebagai Puan Sakinah | Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi | Sera Melissa sebagai Rozana | Anne Abdullah sebagai Puan Faridah | Diana Dee sebagai Shidah | Badrul Muhayat sebagai Pak Akob | Farhan Asri sebagai Idin | Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi | Che Kem sebagai Tuan Firdaus


Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Mengisahkan tentang Rahimah yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini, namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob  sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida. Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar , pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?

Catat Ulasan

0 Ulasan