Drama The Maid

Drama 'The Maid' kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang. Drama genre komedi thriller akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).


JUDUL : THE MAID | EPISOD : 10 | PENGARAH : Helmi Yusof | PRODUKSI : Juita Viden


PELAKON : Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin


WATAK PELAKON

Norman Hakim sebagai Jayden

Sherry Alhadad sebagai Suhana

Mira Filzah sebagai Elisa

Eina Azman sebagai Nadia

Ezzaty Abdullah sebagai Fika

Siti Khadijah Halim sebagai Citra

Nadya Syahera sebagai Juju

Ieda Moin sebagai Kak Mel

Nabil Aqil sebagai Remy

Andy Teh sebagai Bahar

Fad Anuar sebagai Jamal Badri


SINOPSIS THE MAID

Mengisahkan seorang lelaki bernama Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?

Catat Ulasan

0 Ulasan