Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia,
menyempurnakan 9.9 Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini. Dikuasai
oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan
tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan
ekonomi untuk para penjual dan rakan jenama, dengan lebih 12 juta barangan
dijual dalam sejam pertama pada 9 September.
Ian Ho,
Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami amat berterima kasih kepada para
pengguna, penjual dan juga rakan jenama atas sokongan padu yang diberi terhadap
9.9 Super Shopping Day. Tahun ini, kami mempunyai matlamat yang ringkas dan
jelas bagi acara membeli-belah tahunan khas kami iaitu membantu komuniti kami
pulih daripada kesan pandemik global. Ini termasuk mempercepatkan pemulihan
untuk para penjual dan rakan jenama sambil menawarkan pengalaman membeli-belah
yang unggul kepada pengguna kami. Kami gembira kerana kami sekali lagi berjaya
mencapai prestasi luar biasa yang memecah rekod. Ini menunjukkan komitmen kami
untuk berkembang bersama dengan komuniti dan perniagaan yang menerima
perkhidmatan kami.”
Shopee
menunaikan tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day di rantau ini
9.9 Super Shopping Day merupakan batu loncatan bagi
pemulihan ekonomi kerana para penjual dan rakan jenama di rantau ini
memaksimumkan keterlihatan dan jualan mereka di Shopee. Jenama dan penjual yang
mengambil bahagian dalam kempen tersebut menikmati peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit
pada kemuncak 9 September.
Ekosistem Shopee yang kukuh memastikan urusan jual
beli atas talian kekal lancar walaupun aktiviti membeli-belah memuncak semasa
9.9 Super Shopping Day. Para penjual dan rakan jenama memanfaatkan rangkaian
logistik bersepadu Shopee untuk memenuhi pesanan mereka, sementara para
pengguna menikmati transaksi yang lancar dengan pelbagai pilihan pembayaran di
Shopee, termasuk dompet mudah alihnya ShopeePay.
Shopee juga membawakan koleksi hiburan yang hebat
sepanjang 9.9 Super Shopping Day. Para pengguna menikmati keseronokan sepanjang
hari dan memperoleh ganjaran istimewa dengan rangkaian permainan yang diperluas
dalam aplikasi Shopee, dengan 250 juta
permintaan untuk menyiram air di permainan kegemaran orang ramai, Shopee Farm.
Para pengguna menonton Shopee Live untuk berhubung
dengan selebriti, penjual, dan jenama semasa tempoh 9.9 Super Shopping Day.
Jumlah masa yang diluangkan untuk menonton penstriman langsung Shopee Live
meningkat sebanyak 3 kali ganda
berbanding dengan hari biasa, diserlahkan oleh countdown dan penstriman langsung tanpa henti pada 9 September bagi
meraikan 9.9 Super Shopping Day dengan para pengguna di rantau ini. Shopee Live
juga membolehkan para pengguna mengetahui dan membeli mengikut trend terbaru,
dengan 2.5 kali ganda lebih banyak
produk dibeli semasa penstriman langsung dalam tempoh ini berbanding dengan
hari biasa.
Sorotan 9.9
Super Shopping Day di Malaysia
9.9 Super Shopping Day juga merupakan kejayaan
besar di Malaysia. Kelengkapan rumah dan kediaman merupakan salah satu kategori
produk yang paling popular pada 9 September dengan rakyat Malaysia beralih ke
Shopee untuk menyerlahkan rumah mereka.
Rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat
memanfaatkan 9.9 Super Shopping Day untuk memenuhi keperluan membeli-belah
mereka, seiring dengan pembelian atas talian yang menjadi lebih penting semasa
kebiasaan baharu. Khususnya, kaum lelaki banyak membeli telefon pintar
sementara sabun pencuci pakaian menjadi kegemaran di kalangan kaum wanita.
Produk bayi termasuk lampin bayi, tisu basah dan pelitup muka untuk kanak-kanak
sangat popular di kalangan pengguna berusia 18 hingga 34. Pengguna berusia 35
hingga 50 pula kebanyakkannya membeli kelengkapan rumah seperti alatan untuk
penyimpanan misalnya rak dan kotak storan serta bekalan untuk membasuh seperti
sabun pencuci dan juga span. Sementara itu, pengguna dari semua peringkat umur
tanpa mengira jantina dan bangsa dilihat membeli MILO yang terbukti merupakan
minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia.
Jenama, peruncit dan penjual barangan mudah alih
serta elektronik di Shopee Malaysia mencatat prestasi hebat pada 9 September.
Sebagai bukti kepada permintaan tinggi oleh pembeli, 1,000 unit telefon pintar
POCO X3 NFC (6GB + 128GB) yang baru dilancarkan berjaya dijual dalam masa 2
minit pertama jualan ini, pada pukul 12.02 tengah malam.
Ho
merumuskan, “9.9
Super Shopping Day memulakan musim membeli-belah akhir tahun dan tahun ini, ia
juga menandakan permulaan usaha kami untuk mengorak masa depan e-dagang dalam
kebiasaan baharu. Kami berjanji akan berusaha lebih keras untuk memberi para
pengguna pengalaman yang menggembirakan di Shopee, sambil mendorong penjual dan
rakan jenama ke tahap lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang.”
0 Ulasan